Skip to content

PROGRAM
KEAHLIAN
WASI

Memudahkan dan melancarkan pengurusan harta pusaka Anda

Manfaat  Ahli

  • Wasiat Tadbir Pusaka (sekali sahaja)
  • Khutbah/Taklimat Pusaka kepada waris-waris (selepas kematian)
  • Rundingcara/Konsultasi tentang Perancangan/Pengurusan Pusaka (semasa hidup)

Syarat-Syarat Penyertaan

  1. Keahlian dibuka kepada semua warganegara Malaysia dan Permastautin Tetap.
  2. Pemohon mesti berumur 18 tahun keatas, sihat tubuh badan serta waras akal dan fikiran.
  3. Permohonan boleh dibuat dengan cara:
    • Mendaftar di laman sesawang www.wasipusaka.com atau,
    • Borang permohonan yang boleh didapati dari Wakil Wasi (agen) yang berurusan dengan tuan/puan.
  4. Maklumat lengkap diperlukan untuk penyediaan Dokumen Wasiat Tadbir Pusaka.
  5. Satu salinan Kad Pengenalan Pewasiat dan Wasi Pertama dan Kedua.

Pembayaran dan Proses Penyediaan Wasiat

  • Fi keahlian adalah sebanyak Rm200.00 sahaja untuk seumur hidup.
  • Pembayaran hendaklah dibuat secara ‘online banking‘ ke akaun;

    Wasi Pusaka Consultancy
    RHB Islamic Bank
    No. Akaun: 2-62326-0000832-2

 

  • Bukti pembayaran hendaklah dimaklumkan melalui Whatsapp ke talian 010-2561321 atau kepada Wakil Wasi.
  • Ahli akan mendapat Dokumen Wasiat Tadbir Pusaka dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan permohonan lengkap dan bayaran.
  • Dokumen Wasiat akan dihantar terus ke alamat yang diberikan atau melalui Wakil Wasi yang berurusan dengan tuan/puan.
  • Dokumen Wasiat perlu ditandatangan di hadapan 2 orang saksi lelaki yang berumur 18 tahun keatas, sihat, waras dan bukan dikalangan waris utama pewasiat.
  • Dokumen yang telah ditandatangan hendaklah di “SCAN” dan emel ke admin@wasipusaka.com atau,
    Satu salinan (fotokopi) diserahkan kepada Wakil Wasi atau di pos ke pejabat Wasi Pusaka.

Syarat-Syarat Lain

  • Apabila berlaku kematian Ahli, waris perlu menghubungi Wasi Pusaka melalui whatsapp atau emel. Wasi pusaka akan menghantar wakil untuk pembacaan wasiat dan taklimat pusaka. Sekiranya jika ahli ada membuat dokumen Wasiat terbaharu dengan lain-lain syarikat selepas dari Wasiat yang di sediakan oleh Wasi Pusaka, maka pihak kami tidak akan membaca dokumen tersebut.
  • Perkhidmatan Rundingcara boleh didapati dari Wakil Wasi yang berurusan dengan ahli atau menghubungi Wasi Pusaka secara email ke admin@wasipusaka.com atau melalui Whatsapp di talian 010-2561321.
  • Sebarang pindaan atau perubahan ke atas dokumen Wasiat Tadbir Pusaka boleh dibuat melalui emel dan caj untuk penyediaan dokumen baharu adalah RM 50.00 sahaja.
  • Sekiranya ahli berhasrat untuk menyediakan Dokumen Wasiat Komprehensif atau dokumen lain seperti Hibah dan Harta Sepencarian, maka caj BERLAINAN akan dikenakan.

Bersedia untuk mula menguruskan soal harta pusaka anda?

12-09 Infinity Tower Kelana Jaya,
Jalan SS 6/3,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

+6010-256 1321

admin@wasipusaka.com

Tinggalkan pesanan anda di dalam borang dibawah.